Tabung sumbangan COVID-19 yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia akan dikecualikan cukai

0

Selain daripada tabung rasmi yang diwujudkan oleh kerajaan iaitu Tabung COVID-19, terdapat banyak juga tabung-tabung bantuan yang telah ditubuhkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan sebagainya.

Oleh itu, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan insentif pengecualian cukai kepada sesiapa yang mewujudkan tabung sumbangan COVID-19 dan perlu didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Setakat 7 April, Tabung COVID-19 telah menerima sumbangan sebanyak RM22.66 juta.

Daripada jumlah itu, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menerima RM5.68 juta bagi fasa pertama untuk pembelian bantuan keperluan harian kepada golongan terjejas terutamanya yang berada di bawah kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Bagi fasa kedua pula, sebanyak RM9.06 juta disalurkan ke Kementerian Wanita dan Keluarga (KWK) dan YKN untuk meningkatkan kemampuan pengagihan bantuan.

DAFTAR TABUNG SUMBANGAN UNTUK PENGECUALIAN CUKAIKerajaan menawarkan pengecualian cukai kepada sesiapa yang mewujudkan…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Rabu, 08 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply