Tabung Haji tanggung kos visa jemaah haji

0

Kerajaan Arab Saudi telah memperkenalkan caj bayaran visa sebanyak 300 Riyal Saudi (SAR) bersamaan RM326 dimana bakal bermula pada musim Haji 1441H/2020M.

Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) berkata mereka bakal membayar dan menanggung kos tersebut bagi 31,600 jemaah yang bakal ke sana.

Menurut Pengurus Besar Kanan Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, beliau percaya caj yang dikenakan itu berdasarkan kepada pelbagai perkhidmatan yang disediakan kepada jemaah haji saban tahun meskipun ianya memakan jumlah yang agak besar dengan anggaran hampir RM10 juta.

Tambah beliau lagi, TH akan menanggung 300 (SAR), untuk memohon visa bagi mana-mana negara sudah tentu akan ada caj. Malah beliau yakin ada sebab kenapa Kerajaan Arab Saudi kenakan caj tersebut.

Setelah memansuhkan bayaran 2,000 Riyal Saudi (RM2,168) yang dikenakan kepada jemaah haji, kini Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan peraturan baharu iaitu caj bayaran visa 300 Riyal.

Perkara itu telah dimaklumkan kepadanya semasa mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Mohammad Saleh bin Taher Benten pada 22 Januari lalu.

Perbincangan berkenaan adalah berhubung isu-isu berkaitan hal ehwal pengurusan dan persiapan jemaah haji dari Malaysia bagi musim haji 1441H.

Mengenai kos menunaikan haji, Syed Saleh berkata, walaupun TH berhadapan faktor peningkatan kos setiap tahun, beliau memberi jaminan kos itu masih kekal ketika ini, namun TH akan meneliti perkara itu demi kelangsungannya sebagai pengurus dana 9.4 juta pendeposit. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply