Syor pengamal media terima vaksin COVID-19 fasa kedua

0

Ini pula ada berita baik untuk pengamal media di Melaka.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) supaya menyenaraikan pengamal media di negeri itu sebagai penerima vaksin COVID-19 fasa kedua yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Beliau berkata, sebagai antara petugas barisan hadapan negara, pengamal media dilihat wajar untuk menerima vaksin berkenaan lebih awal kerana tugasan di lapangan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada virus berkenaan.

“Insya-Allah saya akan mencadangkan kepada KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menyenaraikan pengamal media di Melaka untuk menerima vaksin COVID-19 untuk fasa kedua ini.

“Media memainkan peranan penting dalam melaporkan berita dan sewajarnya mereka menerima suntikan vaksin COVID-19 lebih awal,” katanya selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-75 Radio Televisyen Malaysia (RTM) peringkat negeri, di Jabatan Penyiaran Melaka, Jalan Taming Sari siang tadi.

Untuk rekod seramai kira-kira 100 pengamal media cetak dan elektronik daripada pelbagai agensi berkhidmat di Melaka ketika ini.

 

 

 

Leave a Reply