Syifa Melvin minta orang ramai henti menghentam Safawi Rashid

0

Kemelut melibatkan pemain bola sepak Safawi Rashid, influencer terkenal Syifa Melvin dan pengasas kelab bola sepak berkenaan nampaknya masih belum menemui titik penghujung.

Menurut Syifa , dia tidak kisah jika orang ramai mahu mencaci dirinya namun jangan lemparkan tuduhan tidak berasas itu kepada Safawi.

Syifa turut ‘membasuh’ warganet dan menurutnya dari menjadi juri sebaiknya memberi sokongan moral terhadap Safawi kerana jika mahukan Safawi terus bersinar dalam kerjaya bola sepak sebaiknya terus memberikan sokongan bukannya cuba menjatuhkan dengan isu yang tidak masuk akal buatnya.

Syifa turut merayu dan menghentikan salah faham yang terjadi kerana ianya menjejaskan diri Safawi yang mempunyai tanggungan keluarga di kampung.–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply