Syed Saddiq dedahkan beliau bakal di dakwa esok berhubung penyelewengan RM 1 juta

0

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebentar tadi mendedahkan  bahawa dirinya bakal didakwa di mahkamah esok.

Pendedahan itu dibuat Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar di laman media sosial Facebook dan Instagram sebentar tadi.

Beliau dijangka hadir di Mahkamah Jalan Duta jam 8.30 pagi esok.

Terdahulu media melaporkan merujuk sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seorang bekas menteri bakal didakwa esok berhubung penyelewengan berjumlah lebih RM1 juta wang membabitkan wang peruntukan sebuah parti politik.

Lapor media, bekas menteri berusia 29 tahun itu dijangka akan berhadapan dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.

Jumlah keseluruhan penyelewengan yang terlibat dianggarkan RM1. 12 juta melibatkan wang milik parti politik yang beliau pada ketika itu adalah ketua pemuda.

“Beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Rasuah Jalan Duta kira-kira pukul 9 pagi esok,” kata sumber SPRM.

Difahamkan bekas menteri itu juga dijangka akan turut dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat.

“Siasatan ke atas ahli Parlimen ini telah dijalankan sejak Jun 2020 selepas menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya.

“Ahli Parlimen itu sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya adalah wang peribadi milik beliau dan ibu bapanya,” jelasnya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply