Syed Saddiq bakal didakwa esok babitkan kes AMLA

0

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) esok.

Terdahulu, SPRM dalam kenyataan memberitahu, suruhanjaya itu mendapat izin mendakwa terhadap seorang ahli Parlimen di Mahkamah Sesyen Johor esok berkenaan pada pukul 8.30 pagi.

22 Julai lalu Syed Saddiq dihadapkan ke Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berjumlah RM1 juta pada tahun lalu.

Selain itu, beliau berhadapan tuduhan menyalah guna harta iaitu wang sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebanyak RM120,000.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua tuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply