Syarikat produksi perlu lantik penasihat keselamatan pantau pematuhan SOP semasa penggambaran dijalankan

0

Berhubung kebenaran operasi aktiviti penggambaran bermula 10 Jun depan,
Menteri Kanan Keselamatan,Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan pelakon, kru dan ahli produksi tidak diwajibkan melakukan ‘swab test’ kerana pihak berkuasa hanya melakukan ‘swab test’ apabila timbul isu berkaitan positif COVID-19 di satu-satu kawasan.

“Jika ada kes positif COVID-19, barulah pihak kita akan mengarahkan mereka untuk membuat swab test yang wajib di kawasan penggambaran,” ujar beliau.

Manakala bagi pendandan rambut di tempat penggambaran, ada SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang memerlukan pendandan atau make-up artist memakai face shield khusus dan tidak dibenarkan berkongsi.

Setiap pendandan bagi setiap artis harus memiliki face shield dan juga peralatan dandanan yang berbeza.

Di samping itu, syarikat penggambaran juga perlu melantik penasihat keselamatan bagi memantau pematuhan SOP semasa penggambaran dijalankan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply