SURAT | CEO Felcra bukan jawatan politik, wajib lantik atas merit demi mengekalkan momentum kejayaannya

0

SURAT TERBUKA KEPADA PM

CEO Felcra bukan jawatan politik, wajib lantik atas merit demi mengekalkan momentum kejayaannya

Sejarah Felcra

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah atau Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA) asalnya telah ditubuhkan pada tahun 1966 sebagai badan berkanun.

FELCRA dipertanggungjawab untuk memajukan kawasan luar bandar dengan membuka peluang kepada masyarakat luar bandar menyertai aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan.

Pada tahun 1997, FELCRA telah dikorporatkan, kini dikenali sebagai FELCRA Berhad, bertukar status daripada badan berkanun kepada sebuah entiti Syarikat Korporat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan), dan dibawah penyeliaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Transformasi FELCRA

Kini, FELCRA Berhad menyelusuri beberapa bidang perniagaan secara proaktif seperti perladangan, pembajaan, hartanah dan pembinaan, pendidikan dan penghasilan makanan termasuk ternakan tenusu.

Visi FELCRA Berhad adalah untuk menjadi Organisasi Perusahaan Sosial Termantap (Social Enterprise Powerhouse) dalam sektor pertanian dan makanan demi mencapai misinya, iaitu untuk menjaga kepentingan ekonomi dan sosial Para Pesertanya serta mengaplikasi agri-teknologi dalam mempelopori agenda Dasar Jaminan Makanan Negara.

Sehingga Julai 2020, FELCRA Berhad telah memajukan seluas 224,130 hektar ladang bagi pihak 111,462 orang Peserta merangkumi 1,049 Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P), serta 33,145 hektar estet milik syarikat FELCRA Berhad.

Felcra Untung

Dalam satu kenyataan oleh FELCRA Bhd pada Ogos lalu, Felcra Bhd meraih keuntungan interim 1/2021 berjumlah RM135.15 juta bagi tempoh kewangan 1 Januari 2021 hingga 30 April 2021 membabitkan projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) organisasi itu. Keuntungan yang dijana itu adalah 146 peratus atau RM80.22 juta lebih tinggi berbanding RM54.93 juta yang yang diraih dalam interim yang sama tahun lalu.

Kekal Momentum

Bagi mengekalkan momentum kejayaan ini, saya menyeru agar Felcra melantik seorang CEO atas dasar merit, dari kalangan profesional, melalui prosedur yang betul, di temuduga secara terbuka, bukan di lantik secara terus oleh orang politik yang mempunyai agenda tertentu.

Cadangan

Sebagai orang lama dalam Felcra, saya amat gembira apabila Felcra berjaya keluar dari pelbagai skandal dan masalah yang di pikul semasa zaman UMNO-BN dengan melantik golongan profesional mengurus tadbir syarikat.

FELCRA kini sudah bersih, dan bakal menempa banyak lagi kejayaan. Usah di biarkan Felcra kembali ke zaman gelap. Nasib, untung dan masa depan Felcra kini di tangan YAB Perdana Menteri. Terpulang kepada anda untuk meninggalkan legasi yang baik, atau sebaliknya..

Ikhlas,

Abdul Rahman bin Sarip
Pesara FELCRA

ABDUL RAHMAN SARIP adalah pesara FELCRA. Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian The Malaya Post.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply