Supermodel Han Hye Jin terokai muka depan majalah Harper’s Bazaar

0

Supermodel Han Hye Jin terokai muka depan majalah Harper’s Bazaar.

Majalah fesyen wanita yang diterbitkan di 31 negara ini dihiasi oleh ikon fesyen Han Jin untuk keluaran Mac depan.

Model utama Han Hye Jin mengayakan busana daripada FENDI bagi koleksi musim bunga dan musim panas 2020.

Bagi keluaran siri terbaru, Han Jin mengenakan beberapa koleksi FENDI seperti baju renang hingga ke pakaian corak bunga.

Telah mencecah 10 tahun dalam industri permodelan, wajahnya sering menghiasi pelbagai sampul majalah fesyen termasuklah edisi Vogue Korea pada Mei 2008 dan Jun 2009.

Han Jin juga pernah menyertai acara pentas di New York Fashion Week (NYFW) selama 3 tahun bermula tahun 2006 hingga 2008.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply