Sumareh pemain naturalisasi terbaik negara

0

Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh menerima pujian 10/10 daripada Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam susulan prestasi cemerlangnya.

Pemain berusia 25 tahun itu diangkat sebagai model pemain naturalisasi terbaik berikutan memiliki skil yang memukau serta memperjuangkan sepenuhnya untuk memberi sumbangan bermakna kepada skuad negara.

Stuart berkata, walaupun Sumareh merupakan pemain import namun pemain kelahiran Gambia ini berjaya mengikuti sistem bola sepak Harimau Malaya seperti yang diterapkan kepada pemain tempatan.

Sepanjang bersama pasukan kebangsaan Sumareh berjaya menunjukkan perkembangan positif dan semangat berpasukan yang baik bagi meraih kejayaan untuk negara.

Justeru itu, pemain naturalisasi seterusnya iaitu Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi patut menjadikan Sumareh sebagai contoh dan memiliki kriteria yang sama bagi memikul harapan tinggi FAM dan seluruh peminat. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply