Sultan Selangor berkenan beli kasut emas Khalid Jamlus

0

Setelah lama berteka-teki pemilik baharu kasut emas bekas pemain bolasepak negara dan Perak, Khalid Jamlus akhirnya terjawab hari ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan membeli kasut emas milik Khalid Jamlus.

Dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Istana Alam Shah, Khalid telah menyerahkan kasut emas terbabit kepada baginda sultan.

Dilaporkan, kasut berkenaan akan dipamerkan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor yang terletak di Perkarangan Istana Alam Shah, Klang.

Walaubagaimanapun, nilai persetujuan jual beli kasut terbabit dirahsiakan.

Untuk rekod, Khalid Jamlus telah memenangi kasut emas ketika mewakili pasukan Perak dalam Liga Malaysia pada tahun 2002.

Nama Khalid Jamlus kembali disebut ramai dan menjadi topik perbualan hangat di kalangan netizen apabila bekas bintang bola sepak terbabit menjual dan melelong barangan peribadi termasuk kasut emas yang dimenanginya di laman media sosial baru-baru ini.

Semoga dengan penjualan kasut emas terbabit, Khalid Jamlus dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik bersama keluarga tercinta.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply