Sultan Perak perkenan lantik Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak ke-14

0

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menetapkan 24 Rabiulakhir 1442 bersamaan 10 Disember 2020, jam 11.00 pagi bagi istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar baharu di Istana Iskandariah, Perak.

Dalam satu kenyataan media, baginda bertitah mengikut Perkara XVI, Fasal 2 (a), Undang- undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, pada timbangan baginda, Ahli Dewan Negeri Kota Tampan, Yang Berhormat Dato’ Saarani Mohamad, boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli- ahli Dewan Negeri untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply