Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan melantik Ahmad Faizal Azumu, MB Perak ke-13

0

ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik semula menggalas jawatan Menteri Besar Perak ke 13.

Perkara itu dinyatakan Dato’ Pengelola Bijaya Diraja, Kol (B) Datuk Abd Rahim Mohamad Nor dalam satu kenyataan medianya sebentar tadi.

“Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada pertimbangan baginda melantik Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, ahli DUN Chenderiang sebagai Menteri Besar Perak.

“Ia selepas beliau mendapat kepercayaan sebahagian besar ahli-ahli Dewan Negeri untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-13, berpandukan Perkara XVI Fasal 2 (a), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan,” katanya.

Istiadat angkat sumpah aka dilakukan hari ini di Istana Iskandariah jam 3.30 petang.

Daulat Tuanku 🙏🙏

Tahniah Dato’ Seri Ahmad Faizal.

Kearah kestabilan politik dan negara, Without Fear or Favour -THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply