Sultan Johor terima jentera klasik bomba berusia 32 tahun

0

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerima cenderahati sebuah jentera bomba klasik berusia 32 tahun ketika berangkat melawat Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Skuad Bantuan Krisis MCA Ayer Hitam.

Baginda yang merupakan penggemar dan pengumpul pelbagai koleksi jentera-jentera bomba antik telah menerima sebuah jentera bomba klasik berjenama Volvo dari Penaung Persatuan, Ling Tiang Soon.

Menurut Ling Tiang Soon, jentera terbabit diterima pihaknya pada tahun 2015 dan tidak lagi diguna pakai.

Sultan Johor turut berangkat menyantuni pegawai serta anggota Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam serta Pasukan Bomba Sukarela Parit Raja, Batu Pahat.

Dalam lawatan berkenaan, baginda turut dipersembahkan taklimat ringkas mengenai persediaan pasukan dalam menghadapi bencana banjir.

Lawatan Sultan Johor hari ini turut diiringi Pengarah Bomba Negeri Johor, Datuk Yahaya Madis.

“Kami menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Tuanku atas perkenan Baginda menyantuni anggota-anggota serta sukarelawan kami pada hari ini.

“Sesungguhnya keberangkatan Tuanku ini merupakan satu penghargaan yang besar dan memberi kami semangat dalam melaksanakan tugas,” ujar Datuk Yahaya Madis.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SULTAN IBRAHIM TERIMA JENTERA BOMBA KLASIK BERUSIA 32 TAHUNDYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan…

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Sunday, 28 June 2020

Leave a Reply