Sultan Johor sumbang barangan keperluan makanan untuk penduduk Yong Peng

0

Penduduk Yong Peng terima sumbangan barangan keperluan makanan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Agihan bantuan dari rumah ke rumah melibatkan kira-kira 276 buah keluarga berbilang bangsa.

Bantuan disampaikan oleh wakil baginda tuanku sultan dengan kerjasama pemimpin masyarakat setempat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) serta dibantu oleh sukarelawan.

Penghulu Mukim 17 Chaah Baru, Md Khidzir Abdullah menzahirkan penghargaan kepada baginda sultan di atas bantuan yang diberikan kepada keluarga yang memerlukan.

“Saya mewakili penerima bantuan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada baginda tuanku sultan di atas kurniaan kepada keluarga memerlukan.

“Banyak keluarga khususnya mereka yang berpendapatan rendah terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

“Warga Johor amat bertuah kerana tuanku sultan sentiasa membantu rakyat,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

MASYARAKAT DI YONG PENG TERIMA KURNIAAN BARANGAN KEPERLUAN MAKANAN DARIPADA SULTAN JOHOR Seramai 276 keluarga…

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Thursday, 2 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply