Sultan Johor hadiahkan X70 kepada tiga doktor

0

Tiga orang doktor menerima kurniaan berupa kenderaan keluaran Proton X70 yang bernilai lebih RM100,000 setiap seorang daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mereka yang bertuah itu ialah Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Am, Dr. Azizan Sharif, Pegawai Perubatan Jabatan Ortopedik, Dr. Hishamudin Salam yang bertugas di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Dr. Jaidon Romli dari Pejabat Kesihatan Johor Bahru yang berkhidmat di Klinik Kesihatan Tampoi, Johor Bahru.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah kurniaan terbabit adalah sebagai tanda penghargaan di atas perkhidmatan mereka di dalam pasukan perubatan Sultan Ibrahim.

Dr. Jaidon yang bertugas di dalam pasukan perubatan Sultan Johor sejak tahun 2010 menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kurniaan kereta tersebut.

“Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan kereta ini. Patik mendoakan semoga Baginda Tuanku Sultan serta Kerabat DiRaja sentiasa sihat sejahtera,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Kenderaan berkenaan disampaikan oleh wakil Sultan Johor, Datuk Perdana Dalam, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply