Sultan Johor biayai kos baik pulih Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah

0

Sultan Johor berkenan membiayai kos baik pulih Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang terbakar petang kelmarin.

Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam satu kenyataan hari ini bertitah baginda berkenan untuk membiayai sepenuhnya kos dan akan melantik kontraktor bagi kerja-kerja baik pulih wad terbabit.

“Saya mahukan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Pengarah Kesihatan Johor serta Pengarah Bomba Johor bersama membincangkan segera pelan pembaikan yang akan dilakukan oleh kontraktor.

“Selalunya kos pembaikan jika dilakukan kerajaan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat sistem yang perlu dilalui dan saya tidak salahkan kerajaan, oleh demikian saya mahukan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera,” titah Sultan Johor.

Dilaporkan, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan serius dilaporkan ketika kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 2.50 petang kelmarin.

SULTAN JOHOR BIAYAI KOS MEMBAIK PULIH WAD PERUBATAN PEREMPUAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH Tuanku Sultan Ibrahim Ibni…

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Sunday, 28 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply