Sultan Ibrahim perkenan penubuhan Persatuan Anak Bangsa Johor

0

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memperkenankan penubuhan Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) yang berperanan menyatukan anak Johor.

‘Saya sentiasa menitikberatkan perpaduan dalam kalangan Bangsa Johor yang menjadi tunjang kemajuan serta pembangunan negeri ini.

“Saya mahu Jawatankuasa Interim berbincang secara terperinci mengenai perlembagaan persatuan dan perkara-perkara lain.

“Selepas disiapkan draf perlembagaan, boleh mengadap semula untuk saya menelitinya kerana saya mahu ia (PABJ) adil kepada semua kaum,” demikian titah Sultan Ibrahim kepada Royal Press Office (RPO), yang telah dimuat naik di Facebook rasmi baginda.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan menerima mengadap Presiden Interim PABJ Datuk Mohsen Hasbollah, Naib Presiden Interim Law Boo Song dan M.Pubalan, Setiausaha Interim Radiah Nordin serta Sekretariat Interim Lutfi Radzi bertempat di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi.

Turut dipersembah adalah kertas kerja penubuhan PABJ termasuk ringkasan kronologi penubuhan persatuan, hala tuju, objektif dan carta organisasi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply