Sudah tahun 2020, ayuh kita ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat!

0

Disini kami senaraikan lapan langkah gaya hidup sihat yang boleh anda amalkan sebagai rutin harian dengan mudah tanpa perlu berbelanja besar.

1) Minum air secukupnya

**Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan serta boleh menjaga kesihatan kulit, juga membantu membakar kalori dalam badan.

2) Diet yang sihat

**Makan yang cukup tetapi jangan berlebihan, cara yang terbaik ialah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

3) Jangan merokok

**Jangan merokok kerana ia akan nyata menjejaskan kesihatan dan memberi kesan buruk terhadap kulit, kuku dan rambut.

4) Bersenam

**Bersenam baik untuk kesihatan, kesihatan mental dan rohani

**Disarankan melakukan senaman sekurang-kurangnya 10 minit sehari.

5) Tangani stress

**Elakkan tekanan kerana tekanan boleh mempercepatkan proses penuaan anda.

**Nikmatilah muzik bagi meredakan ketegangan.

6) Rehat yang cukup

**Pastikan tidur anda benar-benar berkualiti dan mencukupi.

7) Terapi aromaterapi

**Luangkan masa untuk memanjakan diri dengan melakukan aromaterapi walaupun ketika berada dirumah.

**Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk dijadikan ramuan mandian. Mudah bukan?

8) Penjagaan kulit

**Benarkan kulit anda berehat dari sebarang solekan terutamanya pada waktu malam kerana kulit juga perlu bernafas.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply