Subsidi Upah selama tiga bulan kepada pekerja tempatan bergaji bawah RM4,000

0

Menerusi Perutusan Khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menyatakan kerajaan telah bersetuju memberi inisiatif tambahan kepada semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji sehingga RM4,000 sebulan.

Bagi syarikat mikro dan kecil yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, pekerja layak menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 sebulan.

Seterusnya syarikat yang memiliki jumlah pekerja lebih daripada 75 dan tidak melebihi 200 orang akan disalurkan RM800 sebulan kepada setiap pekerja.

Manakala, bagi syarikat besar yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang inisiatif sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan.

Bantuan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat selama tiga bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM) serta PERKESO sebelum 1 Januari 2020.

Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN PKS (Tambahan)

Dikirim oleh Jabatan Perdana Menteri pada Senin, 06 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply