Suami makin kacak, Che Ta bimbang Zain Saidin dikebas orang

0

Siapa tidak mengenali pelakon yang sentiasa menawan dan terkenal dengan imej pemakaian bulu mata palsu, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta.

Baru-baru ini, Che Ta yang juga aktif berniaga, telah berkongsi beberapa keping gambar bersama suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin di laman Instagramnya.

Che Ta dan keluarga ketika itu menghadiri sebuah majlis sambutan hari jadi teman rapatnya, telah memuatnaik gambar bersama Zain dan sempat berceloteh “Makin elok plk laki kami ni, eh .. tk mau upload dh la gambaq.. takut ada yg bekenan ????org pompuan zaman la depa suka bekenan org punya .. atau dlm erti kata lain , beqebut hat org????????????????????”, tulisnya di Instagram.

Di ruangan komen Instagramnya, rata-rata rakan artis dan juga peminatnya terhibur dengan gelagat dan celoteh Che Ta yang pekat dengan loghat negeri kelahirannya, Alor Setar, Kedah.

Leave a Reply