Suami cerai isteri selepas lihat wajah tanpa solekan

0

Seorang lelaki di Mesir  bertindak memfailkan tuntutan mahkamah untuk menceraikan isterinya yang baru sebulan dinikahinya selepas kecewa melihat wajah wanita itu tanpa solekan, lapor akhbar Gulf News semalam.

Menurut suami berkenaan, selepas hari perkahwinannya, dia terkejut melihat wajah isterinya itu tanpa secalit solekan.

“Saya tertipu dengan wajahnya kerana dia sering mengenakan solekan yang tebal.

“Dia langsung tidak cantik tanpa solekan,” katanya kepada mahkamah.

Jelasnya lagi, dia berkenalan dengan wanita itu menerusi laman sosial Facebook di mana isterinya itu kerap memuat naik fotonya yang disolek cantik.

Selepas bertemu selama beberapa kali, lelaki itu akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan wanita tersebut.

“Saya terkejut, wajahnya amat berbeza berbanding wanita yang saya kenali sebelum kami berkahwin.

“Saya tertipu dan mahu menceraikannya,” kata lelaki itu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply