“Style mandur ladang getah atau uniform Pengakap? ” Gaya Ara Johari di ABPBH ke-32 dikritik netizen

0

Kemunculan pelantun lagu Bunga, Ara Johari di acara karpet merah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 yang mengenakan sut dipadankan dengan seluar pendek paras lutut dan berstokin mengundang kecaman warganet.

“Style mandur ladang getah ala-ala cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, 40 tahun kerja tanpa cuti bos dan uniform pengakap sekolah”, antara komen nakal netizen di laman Facebook penyanyi berkenaan.

Menurut pereka fesyen yang popular dengan rekaan sut dan jaket dari jenama Alfian And De’ Suit, Hafeez Alfian Rahmat berkata, rekaan fesyen yang di pakai Ara Johari adalah inspirasi daripada kumpulan British yang diminatinya iaitu The Specials dan Madness.

Namun di sebalik kecaman ramai, penyanyi terbabit percaya dan berpuas hati dengan hasil rekaan dari Alfian De’ Suit dan memilih busana sepasang sut biru cair untuk digayakan ketika menghadiri ABPBH ke-32 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya semalam.

Antara selebriti yang pernah memakai jenama Alfian De’ Suits antaranya ialah Ajak Shiro, Haqiem Rusli, Tajul, Ara Johari dan Ismail Izzani.

Leave a Reply