Streamer termuda berusia lapan tahun raih pendapatan lebih RM133,000

0

Seorang pelajar sekolah berusia lapan tahun memecah rekod apabila meraih bayaran lebih RM133,000 setelah menandatangani sebagai pemain Fortnite profesional bersama pasukan Team 33.

Deen juga adalah pemain profesional Fortnite termuda ketika mendaftarkan diri bermain bersama Team 33 pada Disember tahun lalu.

Malah, Deen yang menggunakan nama ‘Gosu’, kini menjadi pemain Fortnite profesional termuda di dunia.

Memetik laporan portal bbc.com, Deen yang tinggal di California juga meluahkan rasa terujanya kerana ia seakan impian dan angan-angannya kini menjadi nyata.

Dilaporkan, setiap hari Deen akan dibiarkan berlatih bermain Fortnite bersama ahli pasukannya yang lain.

Menurut Ketua Eksekutif dan Pengasas Team 33, Tyler Gallagher, pada awalnya dia mengenali Joseph melalui ahli pasukan yang lain

Gallagher kemudiannya berkenalan dengan Deen dan melihat kanak-kanak itu sangat berpotensi dalam permainan Fortnite.

Akhirnya Gallagher nekad dan terus ‘melamar’ Joseph untuk menyertai pasukannya dengan menawarkan bayaran ratusan ribu ringgit.

Setelah menandatangani kontraknya, Deen diberi bayaran menandatangani kontrak sebanyak £ 23,600 (RM 133,066.52) serta sistem komputer berkelajuan tinggi bernilai sekitar £ 3,600 (RM20,298.28).

Deen memberitahu BBC: “Saya rasa sangat luar biasa ketika saya ditawarkan kontrak.”

“Saya banyak berfikir tentang menjadi pemain permainan profesional, tetapi tidak ada yang menganggap saya serius sehingga Team 33 datang menawarkan kontrak kepada saya”.

Siapa sangka dengan usia seawal lapan tahun Deen mampu memperoleh gaji sebanyak itu hanya dengan bermain permainan video. Tahniah Deen!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply