#stayAtHome, kita mesti menang! Jom ‘refresh’ info tentang wabak COVID-19

0

Penyakit atau wabak yang sedang menular, Coronavirus 2019 atau COVID-19 merupakan ‘strain’ terbaharu Coronavirus yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti.

Wabak ini akan menyebabkan individu yang bergejala atau tertular akan mendapat jangkitan pada saluran pernafasan.

Wabak ini juga akan berjangkit dari individu ke individu lain melalui titisan pernafasan dan juga sentuhan.

Antara gejala am jangkitan COVID-19 ini adalah :

1. Demam
2. Selsema
3. Batuk
4. Sesak nafas

Jika anda menyedari simptom-simptom seperti di atas, pastikan anda mengambil langkah-langkah berikut :

1. Sentiasa memakai penutup mulut & hidung (mask)

2. Tinggal di bilik berasingan (self quarantine)

3. Jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter (social distancing)

4. Dapatkan rawatan segera

Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil adalah :

1. Cuci tangan dengan air bersih dan sabun atau cecair pembasmi kuman (hand sanitizer)

2. Pakai penutup mulut dan hidung (facemask) apabila terpaksa berhubung atau berurusan dengan orang lain

3. Menutup mulut dan hidung hidung ketika bersin dan batuk. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan segera basuh tangan.

4. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak dicuci.

5. Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain. Letakkan tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman dan bersentuhan.

6. Amalkan penjarakkan sosial sekurang-kurangnya 1 meter.

7. Patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berada di rumah dan elakkan berkunjung ke tempat tumpuan ramai.

Pastikan anda sentiasa dan kekal berada di rumah bagi melindungi keluarga anda dan jadilah individu yang aktif serta sihat sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

https://www.facebook.com/Jab.PerdanaMenteri/videos/891227741320775/

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply