Squid Game cetus fenomena negatif di seluruh dunia

0

Amaran buat semua ibu bapa.

Di London, para ibu bapa boleh disaman sekiranya anak mereka didapati meniru aktiviti Squid Game di sekolah.

Lapor Daily Mail, pihak sekolah memberi amaran terbabit supaya anak mereka tidak menonton drama bersiri popular dari Korea Selatan itu.

Jurucakap Sandown School di Deal berkata, pihaknya sentiasa memberikan nasihat kepada ibu bapa dan pelajar mengenai aspek keselamatan dalam talian serta bahaya menonton kandungan yang ‘tidak bersesuaian dengan peringkat umur’.

Langkah itu katanya sebagai respon terhadap drama yang ditayangkan di Netflix yang sarat dengan aksi keganasan.

“Sebagai respon terhadap tayangan drama itu, pihak sekolah memperuntukkan sesi pembelajaran ekstra mengenai ancaman bahaya dalam talian,” jelasnya.

Turut mengambil langkah sama, sebuah sekolah di Goodwin Academy.

Pasukan keselamatan sekolah berkenaan telah menghantar surat mengenai kebimbangan peringkat usia yang menonton kandungan siri itu.

Ibu bapa yang tinggal di Deal menulis dalam media sosial memaklumkan mereka menerima surat dari dua sekolah rendah dan menengah yang memberikan amaran terhadap ibu bapa yang membenarkan anak mereka menonton drama itu.

“Saya mula memikirkan surat yang lebih umum mengenai tanggungjawab ibu bapa mungkin lebih berguna seperti awasi penggunaan media sosial oleh anak-anak,” katanya.

Bapa penjaga lain pula menerusi Twitter berkata, ibu bapa boleh dikenakan hukuman sekiranya anak-anaknya yang bersekolah di Ilford, timur London bermain Squid Game versi mereka sendiri menerusi surat amaran.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply