SPRM nafi dakwaan orang ramai boleh buat aduan jika tidak dapat bantuan khas COVID-19

0

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan menafikan dakwaan kononnya orang ramai perlu menghubungi talian bebas tol suruhanjaya berkenaan sekiranya mereka tidak mendapat agihan bantuan kerajaan.

Ia berhubung penularan berita palsu tersebut yang telah disebarkan di aplikasi WhatsApp serta platform media sosial hari ini.

Tambah pihak SPRM lagi, mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan merujuk kepada bantuan khas COVID-19 yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

[KENYATAAN MEDIA]SEBARAN HUBUNGI SPRM JIKA TIDAK DAPAT BANTUAN ADALAH PALSUSumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Dikirim oleh Jabatan Perdana Menteri pada Minggu, 29 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply