SPRM digesa semak semula status siasatan salah laku MBI dengan segera – Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

0

Pergerakan Wira PUTRA Malaysia menggesa SPRM untuk segera menyemak semula status siasatan dalaman bagi kes kecuaian Ketua Pegawai Operasi, Soffan Afendi Aminudin yang juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Menteri Besar Selangor (Incorporated) (MBI) yang telah mengakibatkan kerugian RM50 juta kerana menjual tanah di bawah harga pasaran.

Ketua Penaja Pergerakan Wira PUTRA Malaysia,  Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata pendedahan yang telah dibuat oleh Ibrahim Ali menunjukkan kes kecuaian yang melibatkan salahguna kuasa atau rasuah ini seperti tidak diambil serius sedangkan saranan untuk melakukan siasatan dalaman telah dibuat hampir setengah tahun yang lalu dan dengan jelas menekankan untuk MBI membuat siasatan secara menyeluruh.

“Turut dinyatakan dalam dokumen terbabit, sungguhpun siasatan dalaman belum disempurnakan, pemecatan kepada beberapa pegawai kanan anak-anak syarikat dilakukan sedangkan siasatan yang bebas dan telus terhadap COO seperti yang disaran SPRM masih tidak dimulakan lagi.

“Hal ini menambah lagi kecurigaan terhadap kes ini seperti wujud pilih kasih dalam mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai dan ia seharusnya tidak berlaku kepada institusi atau badan kerajaan yang dipimpin oleh kerajaan PH yang mengagungkan the “rules of law”.

“SPRM di bawah pimpinan Latheefa Koya selaku Ketua Pesuruhjaya digesa agar menjalankan tugas tanpa rasa takut dan pilih kasih untuk mempercepat atau membuka kertas siasatan bagi kes tersebut yang turut melibatkan kehadiran pemimpin Pakatan Harapan (PH) YAB Amiruddin Shaari, MB Selangor; YB Azmin Ali, Menteri Ekonomi dan YB Zuraida, Menteri KPKT di majlis di mana sebelum syarikat yang membiayai majlis tersebut mendapat kontrak secara rundingan terus secara rasmi,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia berkata Pergerakan Wira PUTRA Malaysia masih percaya ketelusan dan ketegasan SPRM dalam usaha membanteras dan memerangi rasuah dan salahguna kuasa secara menyeluruh.

Namun dia berharap tiada pihak yang membuat spekulasi awal dengan membuat apa-apa tuduhan sehingga SPRM melaporkan hasul siasatan rasmi atau cuba menjadi tangan-tangan ghaib dan menyembunyikan fakta bagi menjaga kepentingan individu-individu tertentu.

“Kebenaran harus ditegakkan bagi memastikan Malaysia kekal aman harmoni dan bebas rasuah,” tambahnya.

Leave a Reply