SPRM dedahkan rakaman audio “mengejutkan ” tentang dakwaan konspirasi

0

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memutarkan beberapa set rakaman audio perbualan yang melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain-lain yang disifatkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya sebagai kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara.

Pada sidang akhbar khas itu, beliau berkata klip audio itu berkaitan dengan perbualan yang membabitkan isteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.

Tambah Latheefa Koya lagi, pihak SPRM akan menyerahkan rakaman tersebut kepada pihak berkuasa untuk siasatan selanjutnya. -THE MALAYA POST

Laporan oleh Liana Mohd Wazir untuk The Malaya Post.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply