Soundtrack Filem Animasi “The Amazing Awang Khenit” dicipta sepenuhnya menggunakan aplikasi telefon pintar

0

Sekali imbas suaranya tak ubah persis Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai.

Syafiqah Izzati berusia 14 tahun kini menetap di Subang Jaya, menjadi perhatian apabila lagu ciptaannya iaitu “soundtrack animasi The Amazing Awang Khenit” dikongsikan di Twitter.

Lagu ‘Sanity’ adalah 100% ciptaan dan nyanyiannya sendiri. Ia dicipta sepenuhnya hanya menerusi aplikasi telefon pintar.

Bakat Syafiqah digilap bapanya yang juga pengarah dan pelukis papan cerita animasi, kartunis Rambai, nama sebenar Syamsul Ikram Ghazali, 47 tahun.

Berikut lagu saduran Syafiqah yang dikongsi oleh ibunya Puan Juliana kepada The Malaya Post.

Prev 1 of 1 Next
Prev 1 of 1 Next

Leave a Reply