SOP baharu PKP libatkan zon merah, kuning dan jingga

0

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan kini dalam proses menyediakan Standard Operation Procedures (SOP) baharu bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

SOP baharu yang melibatkan zon-zon COVID-19 seperti zon merah, kuning dan jingga ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam mesyuarat pada hari ini.

Perkara ini akan diperhalusi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi-agensi berkaitan berkenaan PKP terutama membabitkan pergerakan rakyat dan operasi industri.

KERAJAAN SEDIAKAN SOP BAHARU PKPKerajaan akan menbincangkan prosedur operasi standard (SOP) baharu Perintah Kawalan…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Kamis, 09 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply