SOP Aidilfitri 2021

0

Tradisi ziarah menziarahi sempena sambutan Aidilfitri dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun ia perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tempoh masa dan jumlah pengunjung berbeza di kawasan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

“Bagi kawasan PKP, ia dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tidak melebih 15 orang pada satu masa mengikut saiz rumah dan mematuhi penjarakan fizikal.

“Bagi kawasan PKPB dan PKPP, ziarah hari raya dibenarkan iaitu pada 1 sehingga 3 Syawal.

“Di kawasan PKPB kehadiran terhadap 20 orang bagi satu masa manakala di kawasan PKPP kehadiran tetamu tak melebihi 25 orang mengikut saiz rumah dan ada penjarakan fizikal.

“Jika rumah kecil dan tidak boleh lakukan penjarakan fizikal, jumlah 25 orang terlalu ramai maka kita tidak benarkan,” katanya pada sidang media, siang tadi.

Tambahnya bagi memastikan penularan wabak ini terkawal, tuan rumah digalakkan untuk menyediakan dat pengimbas suhu badan, menggunakan QR Code MVSejahtera atau menyediakan buku bagi mencatatkan nama dan nombor telefon tetamu.

Bagi kawasan PKP Diperketatkan (PKPD), sambutan Hari Raya Aidilfitiri hanya dibenarkan dalam kalangan ahli keluarga daripada rumah yang sama sahaja.

Ini bermakna mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar daripada rumah dan melakukan amalan kunjung mengunjung.

Penganjuran sebarang majlis atau rumah terbuka hari raya bagi semua kawasan adalah tidak dibenarkan.

Walaubagaimanapun, ziarah tanah kubur bagi kawasan PKP dan PKPD adalah tidak dibenarkan.

Sementara itu, bagi takbir raya di masjid atau surau, Datuk Seri Ismail berkata ia dibenarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri. Namun begitu, bagi kawasan PKPD, ia tidak dibenarkan.

Walaubagaimanapun, amalan takbir dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan di semua kawasan.

Mengenai solat sunat Hari Raya, bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP, ia dibenarkan berlangsung di masjid atau surau, namun dengan jumlah kehadiran serta penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

Solat Sunat Hari Raya di masjid atau surau tidak dibenarkan di kawasan PKPD.

MKN juga telah membuat keputusan bahawa jamuan selepas Solat Hari Raya di masjid atau surau, rumah terbuka hari raya, ziarah tanah perkuburan adalah tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.

Bagi kawasan PKPB dan PKPP, jamuan selepas Solat Hari Raya di masjid dan surau dibenarkan tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri.

Jawatankuasa masjid atau surau digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.

e Ziarah tanah kubur dibenarkan bagi kawasan PKPB dan PKPP dengan syarat had tidak melebihi 6 orang bagi satu lot/petak kubur serta tidak lebih daripada 30 minit.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply