‘Someone Like You’….Adele semakin kurus bukan disebabkan tertekan

0

Jika anda peminat setia kepada pelantun lagu, ‘Someone Like You’, Adele pasti anda tidak percaya dengan penampilan terbaharunya.

Penyanyi tersebut mengejutkan banyak pihak terutamanya peminatnya dengan perubahan fizikal dan penurunan berat badannya itu.

Terbaharu, Adele menafikan perubahan fizikal dan penurunan berat badannya bukan disebabkan tertekan berhubung perceraian atau ingin membalas dendam.

Memetik laporan Vogue Adele mendedahkan berat badannya kini turun sehingga 45 kilogram disebabkan amalan aktiviti sukan yang dilakukan.

“Penurunan berat badan ini dilihat sebagai pembalasan dendam, itu mengarut. Saya fikir orang memang suka menggambarkan wanita yang bercerai sebagai orang yang kehilangan arah tuju,” kata Adele.

Adele juga menjelaskan dia tidak mengamalkan diet yang menyebabkan penurunan berat badannya namun sebaliknya makan lebih banyak berbanding sebelumnya.

Sepanjang pandemik Covid-19 dia lebih banyak melakukan aktiviti sukan seperti boxing, angkat berat dan senaman kardio.

“Pada awalnya saya banyak masa terluang dan tidak melakukan sebarang kerja dan saya melakukannya dengan pelatih saya.

“Saya tahu bukan semua orang boleh berbuat demikian mungkin disebabkan kekangan masa dan kewangan,” ujarnya.

Selepas enam tahun menyepi Adele kini muncul dengan single terbaharunya yang berjudul Easy On Me.

Adele dan Simon Konecki bercerai pada 2019.

Mereka dikurniakan seorang anak bernama Son Angelo, 9.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply