Sokongan UMNO terhadap Belanjawan 2021 bukti kebajikan rakyat diutamakan

0

Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November depan pasti ditunggu ramai memandangkan negara kini mengalami beberapa krisis besar antaranya politik, kesihatan yang membabitkan jangkitan wabak pandemik COVID-19 yang menghimpit ekonomi rakyat mahupun negara.

Bagi Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Borak Kopitiam bagi mempromosikan ‘Moh Kenei Perak’ di Seri Pentas pagi tadi dengan optimis menyatakan sokongan UMNO terhadap Belanjawan 2021 ianya membuktikan semangat keikhlasan diletakkan paling hadapan selaras dengan kepentingan rakyat.

“Sokongan itu amat diperlukan disaat negara kini masih berperang dengan pandemik COVID-19.

‘Saya kira parti UMNO yang merupakan komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) tentunya memberi sokongan kepada belanjawan kita kerana ini adalah belanjawan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dimana BN adalah merupakan sebahagian daripada komponen PN.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat dalam apa juga kapasiti terutama sekali pemimpin politik  untuk memberikan pandangan dan idea yang baik demi kebaikan negara dan rakyat,” ujar beliau.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata titah Yang di-Pertuan Agong perlu diberi keutamaan demi kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi negara.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply