Sokongan PN kepada Ismail Sabri bersyarat – Muhyiddin

0

Pengerusi Perikatan Nasional, PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan kesemua 50 ahli Parlimen dari parti gabungan itu sebulat suara mencalonkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri ke-9.

Katanya, semua 50 Ahli Dewan Rakyat dari parti-parti gabungan PN, iaitu 31 Ahli Dewan Rakyat BERSATU, 18 PAS dan 1 STAR telah menyerah kan
Akuan Bersumpah ke Istana Negara petang semalam menyatakan sokongan kepada Datuk Sri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

Tambah Tan Sri Muhyiddin, 4 Ahli Dewan Rakyat bebas Pro-PN juga telah berbuat demikian.

“Saya juga telah berunding dengan pimpinan parti GPS dan PBS yang membentuk Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini untuk mengambil ketetapan yang sama.

“Keputusan ini dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar Kerajaan Perikatan Nasional yang sedang menumpukan kepada usaha
memerangi CoviD-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan Pilihanraya Umum bagi mengembalikan mandat
kepada rakyat”, katanya dalam satu kenyataan.

“Ini juga bermakna Perikatan Nasional lebih mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat berbanding politik dendam dalam persaingan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Khamis.

Bagaimanapun, beliau berharap jika Datuk Seri Ismail Sabri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi perdana menteri nanti, beliau mesti memastikan anggota Kabinet yang dibentuk terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.

“Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan,” katanya.

Presiden Bersatu itu turut menegaskan bahawa sokongan PN kepada Datuk Seri Ismail Sabri adalah bersyarat dan berharap proses pelantikan Perdana Menteri baharu dapat berjalan dengan lancar.

“Selaku Pengerusi Perikatan Nasional, saya akan meneruskan khidmat bakti kepada rakyat dan mempersiapkan parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 apabila tiba masanya”, katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply