SK Taman Perling sekolah pertama guna pengimbas wajah rekod kedatangan murid

0

Menggunakan teknologi pengimbas muka bagi merekodkan kedatangan murid di Sekolah Kebangsaan Taman Perling telah disenaraikan sebagai sekolah pertama sekaligus menjadi satu sejarah besar.

Kemudahan canggih itu hanya mengambil masa kira-kira dua saat bagi mengimbas wajah murid yang dianggarkan seramai 1,034 murid membabitkan 937 murid aliran perdana, 47 murid Pendidikan Khas dan 50 murid pra-sekolah.

Seterusnya maklumat peribadi para pelajar akan disimpan secara automatik di dalam pangkalan data persekolan.

Guru Besar SK Taman Perling, Zamri Abd Wahab berkata, sebanyak tiga unit pengimbas muka disediakan, salah satunya ditempatkan dipejabat sekolah untuk mencatat kedatangan guru dan selebihnya di dewan sekolah.

Tambah beliau, kesemua data kehadiran murid akan disimpan didalam sistem sebelum disalin dan dipindah ke pangkalan maklumat Kementerian Pendidikan melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sekaligus bakal memudahkan para guru untuk mencatat kedatangan para pelajar.

Menurut Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Perling, Datuk Suhaila Ahmad pula, kemudahan canggih tersebut telah disumbangkan secara percuma oleh Myra Hub Foundation untuk sekolah berkenaan bagi kemudahan murid dan guru.

Dengan menggunakan teknologi pengimbas muka berbanding teknologi kod QR yang dilaksanakan institusi pengajian tinggi negara, ianya telah menjadikan sekolah tersebut sekolah pertama di negara ini yang mencatat kehadiran murid tanpa sistem manual.

Teknologi pengimbas wajah yang bernilai lebih RM50,000 ini dibangunkan oleh RN Technologies Sdn Bhd dan kesemua kos dibiayai oleh Myra Hub Foundation.

Menurut Datuk Suhaila Ahmad lagi, sistem tersebut akan mengenal pasti 30 titik sudut mata murid, guru dan kakitangan sekolah dalam proses mengimbas wajah sebelum data kehadiran mereka disimpan.

Para pelajar dari sekolah berkenaan meluahkan rasa teruja apabila menggunakan teknologi berkenaan kerana sebelum ini hanya melihatnya dari kaca televisyen sahaja.

Leave a Reply