Singsing lengan baju, Raja Permaisuri Agong beraksi di dapur masak untuk mangsa banjir

0

Sejak Sabtu lalu beberapa daerah di negeri Pahang sedang berhadapan dengan musibah banjir selain dari Johor dan juga Terengganu.

Bencana kali ini lebih serius sehingga meragut nyawa penduduk setempat seperti yang dilaporkan media.

Sebahagian besar daripada mereka yang terjejas kini telah ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS).

Tidak mahu hanya berpeluk tubuh, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj turut sama menyertai barisan para petugas dalam menjayakan misi bantuan mangsa banjir di Pahang yang sering dilakukan baginda sebelumnya.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram @istana_negara, kelihatan Tuanku sama-sama menyinsing lengan menyediakan makanan kepada mangsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Seri Damai, Kuantan.

Menurut rekod, sebanyak 128 orang daripada 49 buah keluarga mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan ditempatkan di situ.

Sungguh terserlah keprihatinan tinggi Baginda kepada rakyatnya. Baginda juga meminta agar rakyat sama-sama bermohon ke Hadrat-Nya agar segala ujian ini segera berakhir dan rakyat sentiasa berada dibawah Lindungan-Nya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply