Sidang Parlimen disarah ditangguh 2 minggu

0

Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan Sidang Parlimen ditangguh selama dua minggu.

Ia berikutan hasil penilaian risiko yang dilakukan selepas mengambil kira faktor epidemiologi serta persekitaran, mendapati sidang Parlimen adalah perhimpunan berisiko tinggi untuk penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata justeru bagi mencegah jangkitan COVID-19 daripada merebak di Parlimen, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan semua sesi mesyuarat, termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen, ditangguhkan selama dua minggu.

“Penilaian risiko jangkitan COVID-19 di Parlimen akan dinilai semula dari semasa ke semasa.

“Semua individu yang berada di Parlimen pada 26 hingga 29 Julai lalu dinasihatkan memantau status kesihatan secara kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Jika mengalami gejala, sila jalani pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran tempat tinggal masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply