Sunday, November 28, 2021
Home BERITA Sidang khas Dewan Negara ditangguh

Sidang khas Dewan Negara ditangguh

0

Berita Dewan Negara.

Sidang Khas Dewan Negara yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari mulai Selasa ini ditangguhkan ke suatu tarikh akan ditetapkan kelak.

Perkara itu disahkan menerusi satu notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah kepada Ahli Dewan Negara hari ini.

Semalam, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin menerusi notis kepada Ahli Parlimen, memaklumkan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat esok, ditangguhkan ke suatu tarikh ditetapkan kelak.

Berdasarkan notis itu, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dimaklumkan oleh Perdana Menteri berhubung penangguhan persidangan berkenaan selaras Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. 

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply