Shuk digantung tugas penyampai radio Hot FM

0

Pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan perkhidmatan penyampai radio, Mohammad Shukri Mohamed Sahar atau lebih dikenali sebagai Shuk digantung serta merta berkuatkuasa hari ini.

Menerusi kenyataan media, penggantungan sementara ini bertujuan memberi ruang kepada pihak pengurusan Hot FM melakukan siasatan dalaman mengenai isu yang sedang tular dalam media sosial.

Pergolakan rumah tangga Shuk kembali hangat diperkatakan dalam laman sosial apabila isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera membuat pendedahan berani mendakwa suaminya berlaku curang.

Menerusi beberapa entri yang dimuat naik di Instagram (IG), Sera mendedahkan suaminya masih menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain. Shuk juga pernah dikaitkan dengan seorang wanita sekitar Julai tahun lalu.

Shuk dan Sera telah mendirikan rumah tangga selama enam tahun (2015) dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratul Ain dan Nur Assyifatu Aimy.

Untuk rekod, Shuk mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Fizi dan Shuib dan popular menerusi program hiburan televisyen I Can See Your Voice Malaysia dan Jenaka Kampung Kalut (JKK).

Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply