Shuib Sepahtu berehat seketika daripada dunia seni kerana Ayash

0

“Saya perlu masa menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai bapa tunggal”.

Demikian kata pelawak Shuib Sepahtu, 37 selepas majlis bacaan Yasin secara maya sempena 40 hari pemergian isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akibat COVID-19 pada 9 Ogos lalu, malam tadi.

Dalam sidang media maya itu beliau mengumumkan untuk berehat seketika daripada dunia seni bagi memberi tumpuan kepada anak bongsu, Ayash Affan yang dilahirkan pramatang.

“Sampai bila saya berehat, perkara itu belum pasti lagi. Buat masa ini, saya enggan terbabit dengan komitmen seni kerana tidak mahu menyusahkan syarikat produksi andai terpaksa tarik diri pada saat-saat akhir.

“Selain itu, saya perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai bapa tunggal. Ayash pula berkehendakkan penjagaan rapi.

“Ayash sihat dan tidak banyak ragam. Tetapi sebagai bayi pramatang, saya sangat berhati-hati kerana paru-parunya belum kuat.

“Ayash sensitif kepada asap dan habuk. Apatah lagi dengan keadaan pandemik membuatkan saya trauma untuk keluar rumah kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya.

Selain Ayash, Shuib dan Siti Sarah dikurniakan tiga zuriat iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, yang turut memerlukan perhatian.

Shuib bersyukur mendapat bantuan ibu bapa mentua serta ipar duai yang banyak meringankan kerjanya.

Selain itu, tambah Shuib, dia bersyukur tiga anak yang lain meringankan beban menguruskan Ayash biarpun mereka juga memerlukan perhatian.

Shuib berkata, dia masih belum bercadang berbuat demikian biarpun beberapa hospital swasta menawarkan khidmat mereka.

Setakat ini dia masih belum bersedia mendedahkan wajah bayinya atas nasihat ustaz.

THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply