Shuib mohon jasa baik semua untuk tidak muatnaik gambar, video arwah isteri tak tutup aurat

0

Pelawak dan suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, Shuib Sepahtu memohon jasa baik semua untuk tidak memuat naik foto atau video berkaitan Allahyarham isterinya yang tidak menutup aurat di media sosial.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagramnya, Shuib turut memohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih-lebihan.

Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita, katanya.

“Assalammualaikum semua, saya ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mendoakan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, bidadari syurga saya.

“Tapi saya ada permintaan, di mana saya mohon pada semua untuk tidak mengeluarkan lagi gambar atau video arwah yang tidak menutup auratnya dengan sempurna.

“Saya juga mohon pada yang termuat naik di media sosial untuk keluarkan kembali video atau gambar tersebut. Dan saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih lebihan.

“Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah SWT,” tulisnya.

Dalam perkembangan lain, Shuib turut berkongsi perkhabaran baik mengenai status kesihatan abang iparnya yang kini semakin baik.

 

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply