Shiha keliru, terkilan dan marah

0

Keliru, terkilan dan marah.

Demikian perasaan selebriti tanahair, Shiha Zikir yang dizahirkan sebaik selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 keduanya bertempat di Bukit Jalil semalam.

Menurut Shiha, dia tidak dibenarkan oleh doktor bertugas untuk merakam video sewaktu dirinya menerima suntikan walaupun meminta izin berbuat demikian.

“Kak Shiha dah lama tak marah. Ni sampai habis suara. Jadi, korang fahamlah ye macamana keadaan tadi”.

“Ketika ditanya mengapa tidak boleh rakam walaupun mendapat keizinan Kementerian, Doktor itu memberi alasan tidak suka akan beberapa kejadian rakam yang viral akibat kesilapan petugas.

Berpendapat kejadian viral baru-baru ini sepatutnya dipandang positif oleh semua pihak, pelantun lagu AEWO ini menegaskan dia tidak ada niat tidak elok ketika bercadang untuk merakamnya.

“Petugas juga manusia biasa. Mungkin mereka kepenatan melayan beribu orang setiap hari. Jika berlaku kesilapan, ianya boleh dikesan melalui rakaman dan tindakan selanjutnya boleh diambil.

“Jadi, ada bukti yang boleh dikongsi agar kesilapan dapat diatasi. Bukannya untuk mengaibkan petugas,” jelas Shiha lagi.

“Shiha ni selebriti. Tujuan Shiha merakamnya adalah untuk berkongsi kebaikan agar jika ada antara 1 juta pengikut Shiha yang masih risau dan tidak yakin untuk mendapatkan suntikan ini.

“Niat saya baik. Ia adalah demi kebaikan semua orang.

Shiha walaubagaimanapun memuji keseluruhan perkhidmatan dan berterima kasih kepada pegawai bertugas lain yang prihatin serta memahami apa yang ingin disampaikannya.

Semoga ada pihak yang akan tampil memberi penjelasan agar rakyat tidak keliru dengan kebenaran merakam suntikan Covid-19 ini.

Tahniah buat Shiha kerana berkongsi aura positif di laman sosialnya buat pengikut agar sama-sama mendapatkan suntikan vaksin ini. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply