Sherry Alhadad gandingan baharu segmen pagi ERA

0

Nampaknya konti pagi radio ERA akan bertambah gamat dan meriah apabila pihak pengurusan mengumumkan kemasukan pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad sebagai gandingan baharu bersama Johan, Haniff dan Ray.

Segmen baharu yang akan dikenali dengan nama ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ akan menemui para pendengar ERA secara rasminya bermula 1 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Erman Zaki, Pengurus Kandungan ERA berkata, bukan sahaja penyampai baharu, pendengar juga bakal dihidangkan dengan pengisian yang lebih menarik dan perbincangan pelbagai topik menarik secara santai.

“Dengan pengalaman Sherry sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV tempatan, peminat-peminat ERA boleh menantikan segmen pagi yang memang ‘Ekstra Mantul’ dengan keserasian bersama personaliti-personaliti yang sedia ada.

“Kami berterima kasih kepada semua peminat ERA atas sokongan mereka yang menjayakan radio ERA sebagai jenama radio No. 1 di Malaysia dan sentiasa berusaha untuk menawarkan kandungan yang relevan dan menghiburkan buat demografik peminat-peminat ERA,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply