Sheila Rusly beri bayangan bakal bersara dari dunia lakonan

0

Pelakon, pengacara dan penerbit popular yang telah merangkul pelbagai anugerah, Sheila Rusly mengejutkan ramai apabila memberi bayangan akan bersara dari dunia lakonan.

Menurut perkongsian berkenaan, Sheila Rusly menyatakan, “34 tahun menghambakan diri sebagai anak seni. Pagi ni terlintas dihati nak mengundurkan diri..mohon petunjuk mu Ya Allah.” tulisnya bersama beberapa gambar di majlis Anugerah Skrin 2019 yang berlangsung meriah dengan kemenangan didominasi pelakon otai tanahair.

Photo: IG Sheila Rusly Photo: IG Sheila Rusly

Perkongsiannya di laman Instagram, Sheila Rusly yang turut meraikan kemenangan dua aktres Zara Zya dan Nabila Huda yang menggondol Pelakon Wanita Terbaik melalui Drama Rantaian, Pia dan anugerah yang sama kategori drama, Dia Tidak Berdosa.

Kedua-dua drama ini merupakan arahan suaminya sendiri, Azman Yahya atau Jinggo di bawah terbitan JS Pictures Sdn Bhd.

Menerusi ruangan komen, suaminya turut memberi maklum balas dan komen, ‘Berundur lah babe kalau itu kata hati’.

Photo: IG Sheila Rusly

Rakan-rakan artis dan media serta para peminat nyata terkejut dengan perkhabaran pengundurannya itu kerana hasil tunjuk ajar Sheila Rusly dan suaminya telah berjaya melahirkan dan menggilap bakat baru yang boleh dikatakan ‘from zero to hero’.

Menurut para pengikut setia pelakon serba boleh ini, karya yang diterbitan oleh JS Pictures berkualiti dan meninggalkan kesan kepada penonton.

Sheila Rusly yang juga turut dikenali sebagai duta produk Maggi dan terkini, dia baru sahaja membuka restoran, The Dimsum Place KL yang telah beroperasi secara rasmi beberapa hari yang lalu.

Leave a Reply