Shawn Mendes bersiar-siar sendirian di KLCC, mengejutkan peminatnya

0

Kemunculan penyanyi Shawn Mendes di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) semalam telah mengejutkan orang ramai dan para peminatnya.

Orang ramai seakan tidak percaya apabila dapat berjumpa empat mata dengan penyanyi kelahiran Kanada berkenaan.

Penyanyi yang sedang hit dengan lagu ‘Senorita’  berkolaborasi bersama Camila Cabello, kelihatan berjalan sendirian tanpa diiringi oleh pengawal peribadinya.

Video itu dimuat naik oleh salah seorang warga Twitter bernama @imani_abdullah yang kebetulan berada di sekitar pusat membeli belah terbabit.

Menurut Imani dia agak terkejut dan tanpa diduga dapat berjumpa dengan Shawn Mendes di tempat umum sedemikian.

Dia sempat merakamkan beberapa video kelibat penyanyi terbabit ketika berada di KLCC.

Keberadaan Shawn Mendes di Malaysia adalah untuk menjayakan konsertnya yang telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Shawn Mendes The Tour Live in Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Leave a Reply