Sharifah Shahirah kecewa komen biadap netizen terhadap bekas suami, Jatt Black Dog Bone

0

Pelakon dan Pengacara, Sharifah Shahirah meluahkan kekecewaan terhadap komen biadap netizen berhubung kenyataan akhbar vokalis Black Dog Bone, Jatt baru-baru ini.

Jatt memberitahu pemberita keterujaannya hingga menitiskan air mata apabila mengetahui anak perempuannya, Alisya boleh menyanyi dengan baik.

Rentetan itu, segelintir netizen telah meninggalkan komen biadap di atas kenyataan terbabit dengan mengatakan, “Kalau anaknya mengaji dengan baik, mau meninggal terus ayahnya”.

 

Menerusi perkongsian keratan akhbar dan paparan skrin komen-komen biadap netizen terhadap kenyataan penyanyi lagenda sekitar tahun 80-an terbabit, Sharifah Shahira menulis, “Kita dapat tahu seluruh rakyat Malaysia kecewa dengan statement tu. Banyak-banyak orang aku kenal betapa baik nya hati Jatt walaupun tak belajar Universiti Al-Azhar.

“Boleh tak kami bertanya yang komen ni ada yang belajar universiti..Ni ada tak kawan boleh kami belajar mengaji secara murahlaa bayarannya. Boleh tolong ke..atau comment secara riak  sombong”.

“Saya ni cepat negative org comment ni kekadang..tapi diaorng comment diaorng memang baik 100% saya percaya. Kot selain comment boleh kongsi ilmu..boleh dm ajar ngaji”

“Sebab kebanyakan dm.. blajar ngaji satu jam seratus..dia caj, sbb anak kita blajar nyanyi 30 ringgit sejam kat mark adam. Plssss tolong ajar ngaji. #tolongngajikan kami kami datang menyusul”.

Status sindiran itu dikongsinya melalaui laman Instgram, @shieraijoy.

Namun rata rata rakan artis dan para peminat memberi kata kata semangat kepada Sharifah Shahirah yang kini sibuk mengelola segmen ‘Sembang Petang’ bersama rakan penyampai, Tyzo dan Suraya Borhan, di Suria FM.

Untuk rekod, Sharifah Shahirah pernah berkahwin dengan Jatt pada tahun 1997 namun berpisah pada tahun 1999 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Alisya.

Leave a Reply