Sharifah Sakinah dan Michael Hansen sudah bertunang

0

Pelakon dan pengacara Sharifah Sakinah mendedahkan sudah bertunang dengan kekasihnya yang berasal dari Sweden, Michael Hansen namun tidak berkongsi tarikh pertunangannya.

“Saya gembira berkenalan dengan dia dan kami sudah pun saling mengenali hampir 9 bulan. Sejujurnya juga, kami sebenarnya sudah bertunang,” katanya.

Bercerita lanjut, dia juga merancang akan mengadakan majlis pernikahan secara ringkas bagi mengelakkan pembaziran.

“Jadi kami mungkin buat keputusan untuk melangsungkan majlis akad nikah sahaja nanti, insya-Allah,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply