Setiausaha Politik Menteri KDN buat laporan polis terhadap Lokman Adam

0

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Sayed Amir Muzzakkir telah membuat terhadap Lokman Adam atas tuduhan memfitnah Menteri Dalam Negeri dan Setiausaha Agung Perikatan Nasional Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Menurut beliau, Lokman Adam telah memfitnah dan membuat tuduhan palsu dengan mendakwa Dato’ Seri Hamzah Zainudin telah membeli Ahli Parlimen Sekijang.

“Saya menafikan sekerasnya tuduhan palsu Lokman Adam tentang pembelian Ahli Parlimen Sekijang oleh YB Dato Seri Hamzah Zainudin” tegas Sayed Amir

“Kita menggesa Lokman Adam untuk tampil memohon maaf secara terbuka dan berhenti menabur fitnah semata-mata untuk meraih populariti murahan”

“Diharapkan Pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dapat mengambil tindakan tegas terhadap penipuan ini selaras dengan undang-undang”

Laporan polis telah di buat di IPD Brickfields. Turut hadir bersama adalah pimpinan Armada Bersatu Malaysia Wilayah Persekutuan.

“Terima kasih juga buat Warga IPD Brickfield yang menerima laporan saya sebentar tadi” ujar Sayed Amir

Leave a Reply