Setiausaha Politik MB Perak angkat sumpah

0

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Dato’ Aznel Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak pagi ini.

 

Upacara angkat sumpah berlangsung di pejabat Menteri Besar pada jam 10.30 pagi tadi.

Terdahulu, Menteri Besar mengumumkan pelantikan Dato’ Aznel yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik menggantikan Dato’ Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang kini bertugas menguruskan hal ehwal berkaitan tanggungjawab Dato’ Seri Ahmad Faizal selaku Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan lain-lain urusan di peringkat Persekutuan.

Menurutnya pelantikan ini adalah manifestasi komitmen kepada kerjasama dengan UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional bagi memastikan tadbir urus dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan utuh serta akan mengukuhkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin di antara kepimpinan BERSATU, UMNO dan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply